IPhone XR Adalah Model Paling Laris Sejak Dilancarkan – Apple

613
- Iklan -

Memang tidak dapat dinafikan, akhir-akhir ini bermacam-macam berita yang tersebar mengenai hasil jualan tiga model terbaharu Apple iaitu iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.

Ramai berkata, hasil penjualan ketiga-tiga model tersebut dikatakan agak menurun jika dibandingkan model iPhone terdahulu.

Bahkan, baru-baru ini iPhone XR juga telah diberikan potongan harga di Jepun yang mana dianggap salah satu cara untuk meningkatkan jualan peranti yang kurang memuaskan.

Pun begitu, perkara itu telah disangkal oleh pihak Apple dan mereka menegaskan bahawa jualan iPhone XR adalah baik. Apple juga mengatakan iPhone XR merupakan model yang terlaris dan mencatatkan jualan tertinggi sejak ia mula dijual. Apple sekali lagi menegaskan bahawa tiada masalah mengenai jualan iPhone XR setakat ini.

[SUMBER]

_________________________________________________________________

Artikel berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here