Huawei Umum Pelancaran Huawei Y9 (2019)

173
**********

Huawei baru-baru ini mengumumkan kemasukan baharu telefon pintar entry-level terbaik Huawei ke Malaysia yang dikenali sebagai HUAWEI Y9 (2019) yang mula tersedia bersempena 11 Festival pada 11 November 2018.

Untuk makluman, HUAWEI Y9 (2019) direka untuk memenuhi kesemua keperluan asas yang semua orang inginkan. Ia disertakan dengan sistem Quad kamera, 3D Arc design, paparan Fullview dan bateri yang tahan lama, direka untuk semua golongan sama ada dewasa mahupun remaja.

Model ini disifatkan telefon pintar yang ideal untuk mengharungi aktiviti seharian dan membantu memenuhi keperluan asas seperti komunikasi yang lancar, hiburan yang menyeronokKan dan bateri yang tahan sepanjang hari.

HUAWEI Y9 (2019) disertakan dengan paparan FHD+ besaiz 6.5 inci memberikan pengalaman bezel-less yang tidak boleh dilupakan. Rekaan lengkuk 3D membenarkan pengguna untuk memulakan pengalaman sinematik yang menakjubkan ketika menonton drama atau melayari foto dan laman sesawang.

Bateri bagi telefon ini pula ialah 4,000mAh dengan storan sebesar 64GB. Ciri ini sangat penting bagi memudahkan pengguna untuk menggunakan telefon sepanjang hari dan bebas melakukan apa sahaja sperti merakam gambar atau video. Ia juga di boost dengan teknologi GPU Turbo yang mengandakan kecekapan GPU untuk permainan game yang lancar.

Dalam pada itu, telefon ini dikuasakan oleh Kirin 710 Octa-core chipset dan menggunakan EMUI 8.1.

Baca Juga:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here