Huawei Umum Harga Diskaun Nova 3 & Nova 3i – Bermula RM 1,099

198
**********

Seiring dengan kedatangan bulan November ini, Huawei Malaysia nampaknya membawakan berita gembira buat semua apabila mengumumkan potongan harga jualan untuk dua peranti pintar mereka iaitu Huawei Nova 3 dan Huawei Nova 3i.

Nova 3 kini membawakan tanda harga RM 1,699 (sebelum ini 1,919) manakala Nova 3i pula pada harga RM1,099 (sebelum ini RM 1,299).

Bagi yang berminat, anda boleh miliki kedua-dua peranti dengan harga baharu ini bermula HARI INI di mana-mana kedai konsep Huawei, pengedar sah atau melalui laman rasmi, Huawei Online Store.

Lebih menarik, dengan setiap pembelian tersebut pelanggan akan menerima kad Nova VIP Privilege yang mana menawarkan pelbagai ganjaran menarik termasuk baucar eksklusif sehingga RM1,000.

Baca juga :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here