Huawei Raih Kutipan Jualan Lebih RM3 Juta Pada Sale 11.11

594
- Iklan -

Kemeriahan membeli-belah dalam talian pada 11.11 baru-baru ini ternyata menghasilkan sebuah ‘fenomena’ luar biasa. Bahkan kegembiraan orang ramai juga dapat dilihat sepanjang acara itu berlangsung.

Berikutan kegilaan pesta membeli belah itu, Huawei telah berjaya meraih kutipan jualan yang tinggi iaitu melebihi RM3 juta hanya dalam satu hari menerusi laman Huawei Online Store dan Lazada.

Populariti produk Huawei terbukti apabila laman Huawei Online Store mencatatkan jumlah tontonan mencecah 10,000 dalam masa kurang seminit ketika berlangsungnya jualan kilat, Flash Deal Hour. Lebih membanggakan lagi apabila kesemua produk dalam segmen tersebut habis terjual dalam beberapa saat sahaja.

Selain itu, Huawei Y9 juga berjaya mencacatkan kutipan jualan lebih RM 100,000 dalam tempoh 30 minit pertama manakala Huawei MateBook D pula terjual dalam masa satu jam.Tidak terhenti disitu, Siri Nova 3 juga berjaya mencatatkan kutipan jualan yang mengagumkan iaitu bejumlah RM 350,00 dalam masa dua jam jualan pendek.

Kepada sesiapa yang terlepas peluang ini, jangan kecewa! Kerana huawei akan memberi banyak lagi kejutan pada acara jualan 12.12 kelak! So, stay tuned untuk maklumat lanjut!

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here