Huawei Mate 20X Tiba Ke Malaysia Pada 11.11!

129
**********

Huawei Malaysia baru-baru ini telah mengesahkan bahawa peranti menfokuskan permainan mudah alih mereka, Mate 20X akan hadir ke pasaran tempatan pada hari Ahad, 11 November 2018.

Huawei Mate 20X merupakan salah satu daripada tiga model pertama yang menggunakan cip pemprosesan terkini, HiSilicon Kirin 980 yang mampu memberikan prestasi AI yang jauh lebih baik berbanding model sebelum ini. Bukan itu sahaja, ia juga adalah sebuah peranti yang menjurus kepada produktiviti, di mana menampilkan paparan skrin berukuran 7.2-inci FHD+ selain penggunaan stylus M-Pen.

Pilihan warna Phantom Silver dan Midnight Blue

Antara spesifikasi lain yang ada pada peranti ini ialah dioperasikan oleh Android 9 Pie + EMUI 9.0, RAM sebesar 6GB dengan storan 128GB serta turut menyokong kad microSD sebesar 256GB. Kepada yang gemarkan fungsi multimedia, jangan risau kerana tablet ini hadir dengan bateri sebesar 5000mAh.

Huawei Mate 20X akan mula dijual di kedai atas talian Huawei dan kedai sah Huawei di seluruh negara dengan tawaran harga RM3,199 bermula 11 November 2018 dalam dua pilihan warna iaitu Midnight Blue dan Phantom Silver. Sebagai tambahan, Huawei menawarkan papan kekunci tanpa wayar yang bernilai RM199 secara percuma untuk pembeli dan ia hanya boleh ditebus melalui aplikasi Huawei VIP sahaja.

Hasil gambar Wide Angle

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here