Huawei Mate 20 X Ditawarkan Pada Harga RM3,199?!

189
**********

Umum mengetahui, Huawei telah memperkenalkan Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro untuk pasaran tempatan dengan tawaran harga RM2,799 dan RM3,599. Namun begitu Huawei Mate 20 X yang sama-sama dilancarkan di London masih belum mempunyai harga dan khabarnya akan diperkenalkan pada bulan November ini.

Melalui kedai atas talian Huawei, nampaknya syarikat ini telah meletakkan tawaran harga bagi telefon pintar ini iaitu RM3,199 dengan kombinasi memori 6GB RAM + 128GB, malah Huawei juga memberitahu stoknya juga terhad. Tetapi kami tidak dapat klik untuk membeli peranti ini, mungkin ia akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Huawei Mate 20 X adalah sebuah phablet yang memfokuskan untuk pengguna gaming. Ia hadir dengan paparan skrin 7.2-inci OLED yang dikuasakan bersama pemproses Kirin 980. Dari segi peggambaran pula, Mate 20 X dilengkapi sokongan tri-kamera 40MP + 20MP + 8MP serta bateri berkapasiti 5000mAh.

Baca juga: 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here