Huawei HDD Portable Berkapasiti 1TB Khas Untuk Siri Huawei Mate 20!

472

Huawei telah memperkenalkan sebuah aksesori khas bagi siri Huawei Mate 20 yang dikenali sebagai Huawei HDD Portable. Pemacu cakera keras ini menyokong ruang simpanan yang sangat besar iaitu mencecah 1TB dengan rekaan kalis air.

Selain boleh digunakan untuk membuat salinan segala kandungan data dan juga media, ia secara automatik akan terus mengecas telefon pintar dari Mate 20 apabila disambungkan dengan HDD Portable ini.

Lebih istimewa, telefon pintar daripada siri Huawei Mate 20 boleh dicas dengan pantas menggunakan sokongan tiga output berbeza iaitu 5V2A (10W), 9V2A (18W) dan juga Huawei SuperCharge 5V4.5A (22.5W). Buat masa ini, HDD Portable hanya menyokong siri Huawei Mate 20 sahaja, dan yang pasti lebih banyak model akan disokong pada masa akan datang.

Buat masa sekarang, peranti ini masih belum dibawa masuk secara rasmi ke pasaran Malaysia. Tetapi jika berminat, anda boleh membelinya pada harga RM399 di sini.

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here