Huawei AppGallery Meraikan November Bash Dengan Ganjaran Bernilai RM1.6 Juta

188
**********

Huawei AppGallery November Bash kini telah bagi meraikan online retail terbesar dengan memberi ganjaran yang menakjubkan kepada semua pengguna Huawei. Ganjaran yang bernilai sehingga RM1.6 juta bakal diberikan dari sekarang sehingga 11 November 2018 sebagai tambahan kepada 11.11 jualan mega yang bakal mengegarkan dunia atas talian.

AppGallery merupakan app store rasmi Huawei yang mana pengguna Huawei dan Honor boleh menggunakan AppGallery untuk mencari, memuatnaik, mengurus dan berkongsi mobile apps yang berguna dan menyeronokkan.

Sehingga kini, aplikasi yang popular di AppGallery adalah Touch ‘n Go eWallet yang menyaksikan pengguna akan diberi ganjaran RM10 top-up pin secara percuma bagi muat turun. Sebagai tambahan, daripada Top 30 muat turun adalah jenama yang besar seperti Malaysia Airlines, Sunway Pals, Zalora, KK Box, Touch ‘n Go dan ShopBack yang mana akan turut serta bagi giveaway ini.

Pengguna dan peminat Huawei dan Honor diminta untuk mengakses AppGallery pada perantii mereka. Mudah sahaja dengan dengan masuk ke Gift Centre dan install aplikasi yang diingini. Setelah selesai, pengguna boleh menebus hadiah termasuklah baucer bernilai RM50 untuk membeli belah di shop.Huawei pada 11 November ini.

Dalam pada itu, berita baik buat Huawei Mate20 Series, bagi setiap pembelian, pengguna secara automatik akan menjadi ahli Mate20 VIP dengan hanya scan QR code di mana-mana HUAWEI retail stores dan muat naik Huawei VIP App dari Huawei AppGallery. Pengguna hanya perlu mendaftar semasa memasuki halaman VIP boleh memulakan perjalanan VIP dengan ganjaran bernilai sehingga RM10000.

Dalam pada itu, pengguna juga boleh menikmati keistimewaan dari rakan jenama seperti Malaysia Airlines, CARS International, Aerocentric, Los Flowerpeckers, Atlas Gourmet, Watches of Switzerland, Club 21, Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Gintell, Palm Garden Golf Club, Auto Bavaria dan Maxis.

Oleh itu, log masuk ke Huawei AppGallery dan mula menikmati special November Bash rewards dari sekarang sehingga 11 November 2018. Jangan lupa untuk menuntut baucer tunai RM50 untuk membeli peranti danaksesori harga rendah. Untuk maklumat lanjut bagi hadiah yang menarik dan ganjaran di HUAWEI AppGallery, layari Huawei AppGallery atau follow Laman Facebook Huawei.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here