**********

HARGA: RM849 (4GB + 64GB) / RM949 (6GB + 64GB) / RM1,099 (8GB + 128GB)

Sebuah lagi pengeluar telefon pintar yang juga merupakan sub jenama daripada OPPO iaitu Realme mengumumkan kini bersedia untuk membawa masuk telefon pintar terbaharu keluarannya, dikenali sebagai Realme 2 Pro ke pasaran tempatan pada 7 November ini (RABU).

Dengan slogan kata “Proud to Be Young” dalam mempromosikan Realme 2 Pro, telefon pintar ini dilihat tampil jauh lebih maju di samping penawaran pengimejan yang lebih baik dan reka bentuk cukup anggun bergaya.

Spesifikasi Realme 2 Pro

Berikut kami senaraikan 6 ciri menarik yang ada pada telefon pintar Realme 2 Pro, terutamanya untuk anda yang berminat untuk memiliki:

1# Pengalaman Paparan Skrin Pada Tahap Maksima

Realme 2 Pro mempunyai paparan menarik dengan ruang skrin yang luas berbanding pesaing setaranya. Ia didatangkan dengan paparan IPS LCD berukuran 6.3 inci FHD+ (2340 x 1080) dengan nisbah aspek 19:5:9 bersama rekaan takuk berbentuk titisan air yang dipanggil “Dewdrop”.

Paparan IPS LCD Berukuran 6.3 inci FHD+ (2340 x 1080) Dengan Nisbah Aspek 19:5:9

Lebih menarik, Realme 2 Pro hadir dengan sokongan nisbah ke kerangka terbesar pernah diperkenalkan berbanding pesaing di dalam segmennya iaitu sehingga 90.8%. Melalui nisbah tersebut, paparannya memaksimakan ruangan skrin sekaligus membolehkan pengguna menikmati pengalaman tontonan yang optimum sepanjang hari.

Rekaan Takuk Berbentuk Titisan Air Dipanggil “Dewdrop”

Bukan itu sahaja, panel IPS LCD pada telefon pintar ini juga dilihat memberikan kualiti paparan sangat baik serta menghasilkan warna-warna yang tajam dan sempurna. Paparannya juga turut dilapisi Corning Gorilla Glass sebagai pelindung utama.

Paparan Tontonan

 

2# Sistem Operasi Pada Tahap Terunggul

Dari segi perisian, Realme 2 Pro dijana sistem operasi Android 8.1 Oreo yang dipadukan dengan antaramuka Color OS 5.2, yang mana dilihat memberikan penampilan lebih ceria selain mengikut standard masa kini.

Sistem Operasi Android 8.1 Oreo Dipadukan Dengan Antaramuka Color OS 5.2

Selain itu, ia juga membawakan fungsi Phone Manager untuk mengawal memori, storan dan akses sesuatu aplikasi pada telefon pintar. Pihak Realme turut tidak ketinggalan menyertakan sebilangan fungsi menarik lain seperti aplikasi Clone, aplikasi Split-Screen, Smart Assistant, Game Space dan banyak lagi.

 

3# Keupayaan Prestasi Terbaik Setiap Hari

Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan spesifikasi yang tidak boleh dipandang ‘ringan’. Realme 2 Pro didatangkan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 660 yang membawakan rekaan cip lapan-teras menerusi 4 x Kryo 2.0GHz + 4 x Kryo 260 1.8GHz selain dibantu oleh GPU Adreno 512 bagi membolehkannya menjalankan pelbagai tugasan harian dengan lancar.

Selain itu, ia turut dibantu oleh memori yang mencecah sehingga 8GB RAM bersama storan dalaman yang cukup tinggi sehingga 128GB ROM. Telefon pintar ini juga membawakan slot kad microSD yang boleh dikembangkan sehingga 256GB sekiranya storan dalaman tersebut tidak mencukupi.

via GIPHY

Berdasarkan kepada ujian benchmark yang telah dijalankan oleh kami, Realme 2 Pro mencatatkan skor sebanyak 132848 mata untuk ujian antutu. Manakala pada ujian Geekbench 4 pula, ia dilihat mencatatkan skor sebanyak 1457 mata untuk ujian tunggal manakala 5480 mata untuk ujian pelbagai teras.

Paparan Skor Ujian Antutu & Ujian Geekbench 4

 

4# Keupayaan Bateri Dan Sambungan Standard Masa Kini

Dari segi keupayaan bateri, telefon pintar ini hadir dengan bateri berkapasiti 3500mAh di bawah pengecasan 10W. Melalui pengecasan 10W ini, kami mengambil masa dalam 2 jam 20 minit untuk mengecas penuh bateri daripada kapasiti 0%.

Pihak Realme turut menyertakan sebuah mod khas untuk tujuan penjimatan bateri yang dikenali sebagai Power Saving Mode. Mod ini akan menukar aplikasi latar belakang untuk menutup fungsi auto-sync, mengoptimumkan output kecerahan dan mematikan tindak balas getaran pada input sentuhan bagi membantu menjimatkan penggunaan bateri.

via GIPHY

Untuk pilihan sambungan pula, telefon pintar ini juga masih mengekalkan beberapa ‘lubang’ penting seperti pembesar suara, port pengecasan berasaskan mikro-USB dan slot audio 3.5mm. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sokongan dual SIM (Nano SIM + Nano SIM + microSD), Wi-Fi, Bluetooth 5.0 dan sejumlah ciri standard yang lain.

Dari kiri : Pembesar Suara, Port Pengecasan Berasaskan Mikro-USB dan Slot Audio 3.5mm

 

5# Prestasi Sistem Keselamatan Yang Lancar & Responsif

Beralih kepada sistem keselamatan, Realme 2 Pro juga didatangkan dengan slot pengimbas cap jari fizikal yang ditempatkan pada panel belakang peranti. Selain itu, ia turut menyertakan fungsi Face unlock sebagai sokongan alternatif.

Slot Pengimbas Cap Jari Fizikal Pada Panel Belakang

Kedua-dua fungsi ini dilihat berfungsi dengan sangat responsif dan lancar (boleh nyahkunci telefon kurang daripada 1 saat). Tidak ketinggalan, ia juga menyertakan sejumlah sistem keselamatan lain seperti Lockscreen Passcode dan Privacy Passcode.

Sistem Keselamatan Pada Realme 2 Pro

 

6# Keupayaan Kamera Yang Sempurna

Dari segi penggambaran, Realme 2 Pro dipasang dengan sokongan dwi kamera utama beresolusi 16MP bersama aperture f/1.7 dan 2MP dengan aperture f/2.2 (untuk penggambaran efek bokeh) bersama LED Flash.

Paling awesome, kamera telefon pintar ini disokong dengan teknologi AI yang membantu pengguna untuk mengambil gambar lebih sempurna. Tidak ketinggalan, ia turut dilengkapi dengan sistem penstabilan elektronik (EIS) bagi membolehkan peranti mengurangkan kesan gegaran ketika melakukan penggambaran.

Warna kelihatan hampir ke arah semula jadi
Kontras Yang Sangat Memuaskan
Membawakan Keupayaan Utama Yang Sangat Baik

Bagi yang gemar berswafoto, Realme 2 Pro ini menyediakan kamera depan beresolusi 16MP (f/2.0) dengan fungsi Smart Beauty untuk mencantikkan lagi wajah pengguna.  Ia berfungsi dengan amat baik sekaligus dilihat dapat menghasilkan foto yang jelas dan teliti. Selain itu, fungsi Portrait mod juga turut tersedia yang mana membolehkan kesan kabur dihasilkan pada bahagian belakang wajah.

Penggambaran Standard (Kiri) , Penggambaran Portrait (Kanan)

Tidak ketinggalan, kamera Realme 2 pro turut menyertakan sejumlah ciri menarik lain seperti Stickers dan Expert Mod (kawalan manual: pertukaran ISO, shutter speed dan fokus).

 

ULASAN EDITOR

Realme 2 Pro sememangnya telefon pintar yang mengagumkan. Selain menawarkan prestasi yang cekap, telefon pintar ini juga menyediakan keupayaan kamera terbaik di samping reka bentuk unik dan ruang penyimpanan yang cukup luas.

Anda teruja untuk memilikinya? Sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi pada 7 November ini untuk ketahui maklumat lanjut mengenai harga jualan dan ketersediaan. Siapa sangka mungkin pihak Realme mempunyai kejutan yang ‘boom’ untuk anda semua? Stay tuned!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here