HTC Buka Pra-Tempah Bagi Model U12 Life – Berharga RM1,399

226
**********

Setelah agak lama menyepi, HTC Malaysia telah membuka membuka pra-tempah bagi model terbaharunya iaitu U12 Life dalam diam. Kepada yang berminat, anda boleh membuat tempahan bermula 16 November hingga 26 November 2018 di Lazada, Shopee, 11street serta pengedah sah HTC di seluruh Malaysia. Pelanggan juga berpeluang mendapatkan kotak hadiah eksklusif sementara stok masih ada.

Kamera swafoto 13MP sokong LED flash

HTC U12 Life menampilkan reka bentuk lebih moden dengan skrin bersaiz 6-inci FHD+ dengan nisbah 18:9. Dilengkapi dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 636, ia ditemani memori RAM 4GB dan storan 64GB. Bateri sebesar 3,600mAh hadir dengan teknologi Quick Charge 3.0. Sistem operasi pula lebih kemas bersama Android 8.1 Oreo dengan antaramuka Sense 2 dicipta khusus untuk digunakan sebelah tangan.

Bahagian kamera pula, HTC U12 Life hadir dengan dwi-kamera belakang 16MP + 5MP dual LED flash, aperture f/2.0, mod bokeh serta rakaman video sehingga UHD 4K. Sementara kamera depan pula didatangkan 13MP f/2.0 dengan rakaman video HD penuh 1080p.

Ditawarkan dalam pilihan warna Moonlight Blue dan Twilight Purple. 

Rekaan badan telefon pintar ini diperbuat daripada gelas lutsinar dengan sokongan pengimbas cap jari masih lagi dibekalkan di panel belakang bersama fungsi NFC, Bluetooth 5.0, USB Type-C, serta 3.5mm audio jack. HTC U12 Life ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Moonlight Blue dan Twilight Purple.

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here