Honor Malaysia Meraikan Kegilaan Bola Sepak Dengan “1 Gol, 1 Honor”

109
**********

Honor mengumumkan kerjasama rasmi dengan AFF Suzuki Cup 2018 yang merupakan pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh ASEAN Football Federation (AFF). Disertai oleh negara-negara Asia Tenggara.

Mengangkat tema, ‘1 Goal, 1 honor’, bertujuan untuk memperlihatkan sokongan yang utuh terhadap  pasukan kebangsaan. Justeru, Honor akan memberikan 1 unit model terharu Honor 8X kepada peminat bola sepak tempatan bagi setiap gol yang diperoleh oleh pasukan kebangsaan ketika pertandingan tersebut berlangsung dari 12 hingga 24 November 2018.

Sebagai tambahan, dari 9 sehingga 12 November dan 21 sehingga 24 November, Honor Malaysia akan melaksanakan 1 siri pertandingan di page media sosial rasmi mereka dan bakal memberikan tiket eksklusif secara percuma. Peminat dan pembeli dinasihatkan untuk follow laman rasmi Facebook Honor bagi mendapatkan update terkini tentang pertandingan ini.

Dalam pada itu, menurut ketua Honor Malaysia, George Zhao Zhiwei, kerjasama ini merupakan satu platform yang penting bagi jenama baharu untuk menzahirkan hubungan dengan pengguna.

“Kami sangat teruja menjadi satu-satunya jenama telefon pintar yang membawakan kegilaan bola sepak ini di malaysia. Kerjasama ini membenarkan peminat bola sepak , peminat Honor dan pengguna di Malaysia lebih mudah untuk menonton perlawanan ini melalui paparan skrin di peranti telefon kami.

“Bagi pihak Honor, kami ingin mengucapkan selamat berjaya buat pasukan Hariamau Malaya dalam pertandingan ini,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kerjasama ini dan produk yang menarik dari Honor Malaysia, sila layari laman sesawan rasmi Honor dan portal informasi di hihonor, atau pergi ke page Facebook rasmi Honor .

Baca juga: 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here