Honor ‘Brand Sales Day 11.11’ Catat Kejayaan Besar!

149
**********

Honor Malaysia hari ini telah mengumumkan kejayaan terbesar mereka sempena kempen ‘Brand Sale Day 11.11’ yang berlangsung pada 11 November lepas. Seramai 1 juta pelanggan yang telah mengunjungi laman rasmi Lebih menarik, Honor 8X yang baru sahaja dilancarkan telah habis dijual sebanyak 250 unit dalam masa 30 minit sahaja.

Bukan itu sahaja, produk lain seperti Honor Band 3 yang menjadi kegilaan golongan remaja telah berjaya dijual sebanyak 100 unit untuk 30 minit pertama. Ucapan terima kasih dari Honor Malaysia kepada semua pelanggan yang berkongsi berita mengenai promosi ini lebih daripada 10,000 kali di media sosial.

Lebih istimewanya, 70% jualan dibuat melalui aplikasi Honor App yang baru sahaja dilancarkan serta 500 hadiah yang diberikan kepada pelanggan Bertuah. Pelanggan yang terlepas untuk membeli produk keluaran honor seperti Honor 8X, boleh membelinya secara atas talian di Hihonor, Shopee, Lazada serta 11street. Untuk maklumat lanjut, jangan lupa layari laman Facebook Honor Malaysia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here