Honor 10 Lite Rasmi – Dijana Kirin 710, Sokong GPU Turbo 2.0

719
- Iklan -

Honor telah memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar terbaharu mereka di bawah siri Honor 10 iaitu Honor 10 Lite pada majlis perlancaran yang berlangsung di China pada 21 November lepas.

Honor 10 Lite hadir dengan hadir dengan skrin bertakuk kecil dengan paparan berukuran 6.21 inci IPS LCD FHD+ bersama resolusi 2280 x 1080 piksel. Ianya menggunakan sistem operasi EMUI 9 berasakan Android 9 Pie.

Dari segi spesifikasi asas, Honor 10 Lite dilihat tidak jauh berbeza dengan Honor 8X. Ianya dijana oleh cip pemproses HiSilicon Kirin 710 dan dibantu oleh memori sebesar 4/6GB dan simpanan dalaman 64/128GB. Melengkapinya adalah bateri berkapasiti 3,320 mAh dan turut disokong oleh GPU Turbo 2.0.

Dari segi penggambaran pula, Honor 10 Lite dilengkapi dengan dwi-kamera utama dengan gabungan lensa 13 MP (f/1.8) + 2MP dan kamera swafotonya pula beresolusi 24MP. Tidak ketinggalan, kamera Honor 10 Lite turut dilengkapi dengan teknologi AI bagi penghasilan gambar yang terbaik.

Tersedia dalam empat warna berbeza iaitu Gradiet Red, Magic Night Blue, Gradiet Blue dan Lily White Valley, Honor 10 Lite kini ditawarkan di pasaran China pada harga :

  • CNY 1,399 (kira-kira RM847) untuk versi 4GB + 64GB
  • CNY 1,699 (kira-kira RM 1028) untuk versi 6GB + 64GB
  • CNY 1,899 (kira-kira RM1,150) untuk versi 6GB + 128G

_________________________________________________________________

Baca juga :

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here