Hanya RM899! Dapatkan Huawei Y9 (2019) Mulai 11 November!

262
**********

Semalam Huawei baru sahaja mengumumkan kemasukan peranti entry-level terbaik mereka iaitu Huawei Y9 (2019) akan tersedia sempena jualan 11.11 ini, dan hari ini pihak Huawei telah pun mengumumkan harga jualannya bersama sejumlah promosi menarik.

Terdapat dalam dua pilihan warna iaitu Midnight Black dan Blue Sapphire, Huawei Y9 (2019) akan dijual pada harga RM899 melalui semua kedai Huawei, Huawei Online Store, pengedar sah dan rakan telco.

Sempena dengan kempen 11.11 ‘Huawei Mega Online Sale Day’, anda boleh membeli baucer RM250 pada harga RM50 mulai sekarang hingga 10 November 2018, yang boleh ditebus pada 11.11 di Huawei Store.

Dengan baucer rebat sebanyak RM250, anda hanya perlu membayar RM649 untuk mendapatkan Huawei Y9 (2019). Lebih menarik, bagi setiap pembelian anda juga akan menerima produk AirAsia seperti AirAsia Cap, AirAsia Phone Magnet Holder (In car), AirAsia Felt Folder atau AirAsia Keychain sementara stok masih ada.

Untuk makluman, Huawei Y9 (2019) direka untuk memenuhi kesemua keperluan asas yang semua orang inginkan. Ia disertakan dengan sistem Quad kamera, 3D Arc design, paparan Fullview dan bateri yang tahan lama, direka untuk semua golongan sama ada dewasa mahupun remaja.

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here