Facebook Lancar Aplikasi Lasso, Bakal Beri Saingan Kepada TikTok!

394
**********

Untuk terus bergerak seiring dengan arus permodenan, Facebook telah melancarkan aplikasi perkongsian video yang dikenali sebagai Lasso. Lasso dipercayai mampu bersaing dengan aplikasi TikTok yang popular di kalangan remaja pada hari ini.

Menariknya aplikasi Lasso ini, ia membolehkan pengguna membuat video pendek dan berkongsi di media sosial serta mencari trend terkini. Malah, terdapat pelbagai koleksi lagu dalam aplikasi tersebut dan didatangkan dengan kesan khas yang unik untuk dimasukkan di dalam video berdurasi 15 saat.

Ia merupakan inisiatif Facebook untuk menarik semula generasi muda yang memilih aplikasi lain berbanding Facebook dengan menawarkan perkhidmatan yang berbeza. Kepada yang ingin mencuba aplikasi Lasso ini, boleh muat turun di Google Play Store dan juga Apple App Store.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here