Eksklusif Pengguna Siri Huawei nova 3 Sahaja! Pelekat GIF Baharu Edisi Hannah Delisha

92
**********

Komunikasi kini menjadi lebih seronok dan menarik dengan pelbagai jenis emoji untuk meluahkan perasaan pengirim. Dari pelekat ke animasi GIF, ciri-ciri yang menyeronokkan ini telah merevolusikan komunikasi digital.

Dalam usaha untuk menjadikan perbualan lebih menarik, Huawei telah bekerjasama dengan artis popular Hannah Delisha untuk melancarkan koleksi ciri pelekat GIF yang eksklusif untuk pengguna nova 3 dan nova 3i.

Koleksi GIF Hannah Delisha boleh dimuat turun di Keyboard Swiftkey, yang terdiri daripada ekspresi wajah Hannah Delisha seperti berikut:

 

Semua pelekat GIF ini dicipta menggunakan ciri Lens AR yang didapati di nova 3 dan nova 3i.

Cara memuat turun pelekat Hannah Delisha
Langkah 1 Buka mana-mana aplikasi mesej dan guna papan kekunci Swiftkey yang tersedia.
Langkah 2 Tekan pada “Sticker” dan cari “Huawei PHIZ”.
Langkah 3 Muat turun koleksi Hannah Delisha dan mula gunakan.

 

Jika anda tidak dapat lihat pelekat, sila ikuti langkah di bawah:
Langkah 1 Pergi ke “Settings” > “App” > “Swiftkey Keyboard”. Pilih “Clear Data”.
Langkah 2 Setelah ia dibersihkan, pengguna boleh ke mana-mana kotak perbualan untuk aktifkan papan kekunci Swiftkey.
Langkah 3 Di papan kekunci Swiftkey, pengguna akan melihat koleksi pelekat Hannah Delisha di bawah “GIF Section”.

 

Huawei nova 3 and nova 3i kini dijual pada harga yang menarik iaitu RM1,699 dan RM1,099, anda boleh dapatkan di semua HUAWEI Experiential Store, HUAWEI Online Store, pengedar sah dan rakan telekomunikasi utama. Untuk setiap pembelian, pelanggan akan menerima kad Nova VIP Privilege yang menawarkan hadiah dan baucer eksklusif sehingga RM1,000!

 

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here