Edisi Eksklusif OnePlus 6T Dalam Warna Cerun Thunder Purple Kini Rasmi

157
**********

Tidak sampai 24 jam kami melaporkan mengenai ketirisan OnePlus 6T dalam warna unggu ke violet yang dikenali sebagai Thunder Purple. Kini, pihak One Plus secara rasminya telahpun melancarkan edisi eksklusif OnePlus 6T yang berwarna Thunder Purple dalam satu perlancaran yang berlangsung di Shenzen, China.

Berbicara mengenai warna baharu ini, pihak OnePlus mengatakan warna cerun pada panel belakang telefon pintar ini agak sukar untuk dihasilkan. Tambah mereka lagi, tujuan pihak OnePlus memperkenalkan warna baharu ini adalah kerana beranggapan bahawa “Teknologi itu romantik”.

Untuk pengetahuan umum, edisi eksklusif OnePlus 6T dalam warna Thunder Purple hanya ditawarkan untuk versi 8GB+128GB sahaja pada harga yang sama seperti sebelum ini iaitu RM 2,788 untuk seunit.

Baca juga : 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here