Dapatkan Hadiah Bernilai RM988 Pada Acara Jualan Pertama OPPO R17 Pro

736
**********

OPPO Malaysia baru sahaja melancarkan R17 Pro pada 22 November lepas dan pra-tempah juga akan berakhir HARI INI. Kini, ada berita gembira buat O-Fans diluar sana! OPPO Malaysia akan mengadakan acara jualan pertama OPPO R17 Pro pada 1 Disember 2018, bermula dari pukul 10 hingga 11 pagi.

Apa yang menarik, 100 yang terawal yang membeli OPPO R17 akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM988. Hadiah yang ditawarkan berupa O-Free Wireless Bluetooth Headset berharga RM599 serta Neo Smartwatch berharga RM389. Harus diingat, hadiah ini hanya boleh ditebus di OPPO Flagship Store KLCC, siapa cepat dia dapat!

PERCUMA O-Free Wireless Bluetooth Headset berharga RM599.

Lebih istimewa, kepada pelanggan yang membeli OPPO R17 Pro juga berpeluang untuk beramah mesra dan berinteraksi dengan pelakon pujaan ramai, Syafiq Kyle dan youtuber terkenal tanah air iaitu Phei Yong sepanjang aktiviti jelajah berlangsung.

Dijual pada harga RM 2699, OPPO R17 Pro kini sudah boleh mula didapati secara pra-tempahan di semua kedai konsep OPPO dan kedai atas talian seperti LazadaShopee11StreetSenhengSenQ dan Celcom Blue Cube.

Dapat beramah mesra dengan Syafiq Kyle dan Phei Yong.

 

_____________________________________________________________

Baca juga :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here