Charger Pro – Plug Pengecas Pantas Dengan Rekaan Nipis!

169
**********

Kepada yang memiliki banyak gajet seperti telefon pintar dan tablet, anda boleh mencuba Charger Pro ini. Ia adalah sebuah plug yang menyokong teknologi pengecasan pantas, hadir dengan rekaan menarik mirip seperti sebuah powerbank. Rekaan nipis dan kompak pula memudahkan anda untuk meletakkan peranti ini dalam poket seluar mahupun beg.

Menariknya Charger Pro, ia menawarkan tiga port yang boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar mahupun tablet dengan kuasa sehingga 30 watt pada satu-satu masa. Jangan risau jika ingin mengecas di kawasan sempit kerana Charger Pro boleh dipusing sehingga 270 darjah.

Charger Pro boleh dipusing sehingga 270 darjah

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan ciri keselamatan yang akan melindungi telefon pintar anda daripada menerima voltan yang berlebihan semasa mengecas. Tidak dinafikan, Charger Pro memudahkan anda untuk mengecas peranti serentak terutama ketika berada di lapangan terbang.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here