Blizzard Umum Diablo Imortal Mobile Game

122
**********

 

Blizzcon 2018 mengumumkan Diablo Imortal Mobile game yang mana ia tidak mempunyai tarikh rasmi untuk pengeluarannya lagi. Namun apa yang pasti, ia akan dilancarkan pada Android dan IOS.

Pengguna Android sudah boleh mula untuk membuat pra-pendaftaran menggunakan Google Play Store bagi menerima hadiah istimewa dan menjadi salah seorang yang pertama untuk merasai Diablo Imortal. Bagi yang melakukan Pra pendaftaran juga, anda juga boleh menyertai ujian Beta di masa akan datang dan menerima ganjaran.

Bagi peminat Diablo, anda pasti ingin mengetahui jalan ceritanya.  Diablo Immortal bermula di antara Diablo II: Lords of Destruction dan Diablo III. sejurus selepas Archangel Tyrael memuasnahkan Worldstone yang mana telah dirosakkan oleh Baal, lantas manusia perlu menghadapi kesan ke atas tindakan tersebut.

Nampaknya, serpihan Worldstone tersebut telah mencemari tanah dan menarik kejahatan kuno yang mencari jalan untuk menggunakan kuasa pada batu tersebut.

Diablo Immortal merupakan (massively multiplayer online action RPG), yang bermaksud anda akan berjumpa dengan pemain lain ketika anda mengembara di dalam dunia game ini. Anda juga boleh menyertai mereka di dalam pengembaraan yang berbahaya.

anda boleh memainkan salah satu watak ikonik iaitu Barbarian, Crusader, Demon Hunter, Monk, Necromancer dan Wizard yang mana setiap watak ini mempunai keunikan kuasa dan keupayaan.

Dari aspek pengawalan pula, ia direka untuk merasai pengawalan yang lebih natural.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here