Bertemu Lagi 2 Peranti Baharu – Xiaomi Mi 8 Lite & Mi 8 Pro Pada 10 November

151
**********

Setelah Xiaomi Mi 8 dilancarkan di pasaran Malaysia pada Ogos yang lalu, kini 2 lagi model baharu bakal dibawa masuk pada hujung minggu ini iaitu Mi 8 Lite dan Mi 8 Pro.

Diketahui Mi 8 Pro hadir dengan paparan skrin 6.21 inci AMOLED, mempunyai cip pemproses premium iaitu Snapdragon 845 dengan sokongan 8GB RAM dan 128GB ROM. Bagi segmen penggambaran, ia dibekalkan dwi kamera utama beresolusi 12MP + 12MP dan 20MP kamera hadapan.

Bagi model Mi 8 Lite pula, ia hadir dengan paparan skrin 6.26 inci LCD yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 660. Walaupun sebagai peranti pertengahan, sokongan 6GB RAM dan 128GB ROM tetap disediakan pada Mi 8 Lite, selain dwi kamera utama 12MP + 5MP serta 24MP kamera hadapan turut disediakan khas kaki swafoto.

Peminat Xiaomi boleh melawat ke kedai Mi Store di Pavilion Kuala Lumpur Sabtu ini (10 November), hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM138 turut disediakan khas pelanggan yang terawal. Maklumat lanjut sila layari FB Xiaomi.

 

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here