Cetak Gambar Swafoto Anda Sebesar Poster Dengan Siri Huawei nova 3?!

1036

Sejak hadir ke pasaran tempatan pada Julai yang lalu, telefon pintar keluaran Huawei dibawah siri nova 3 dilihat mendapat perhatian dan disambut baik oleh ramai pengguna. Dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI), prestasi telefon pintar kelihatan bertambah baik terutamanya dari segi penggambaran bagi menangkap gambar yang serba hebat sekaligus memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna..

Pernahkah anda terfikir untuk mencetak hasil gambar swafoto sebesar poster? Dengan siri nova 3, anda kini boleh mencetak gambar swafoto dengan imej yang tajam dan jelas beresolusi 4224 x 5632 piksel dengan hanya menggunakan kamera depan nova 3 24MP + 24MP. Lebih istimewa, terdapat lebih dari 200 senario berbeza dari lapan kategori disertakan pada kamera hadapan termasuk langit biru, pantai, malam, bunga dan beberapa lagi.

Malah dengan sokongan 3D LUT yang biasa digunakan dalam filem, siri Huawei nova 3 boleh mengawal warna secara keseluruhan dan dalam masa yang sama mampu meningkatkan kecerahan warna gambar menggunakan warna spektrum penuh.

Berminat? Inilah masa yang sesuai untuk anda membeli siri Huawei nova 3 kerana ia ditawarkan pada harga baru iaitu RM1,699 dan RM1,099 yang boleh dibeli di mana-mana kedai konsep Huawei, pengedar sah atau melalui laman rasmi Huawei Online Store dan juga melalui telco tempatan.

Lebih menarik, dengan setiap pembelian tersebut pelanggan akan menerima kad Nova VIP Privilege yang mana menawarkan pelbagai ganjaran menarik termasuk baucar eksklusif sehingga RM1,000.