Bayar Tempat Letak Kereta & Bil Utiliti Dengan Aplikasi Boost?!

857
- Iklan -
Lokasi tempat letak kereta di sekitar Kuala Lumpur 

Aplikasi Boost baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama mereka dengan lima syarikat yang menguruskan pengangkutan awam dan tempat letak kereta iaitu KLIA Ekspres, KTM, CatchThatBus, EzCab dan juga City Car Park. Lebih tepat lagi, ia membolehkan pengguna Boost untuk:

  • Membayar parkir di dalam Kuala Lumpur yang diuruskan oleh City Car Park dan melanjutkan tempoh letak kenderaan.
  • Membeli tiket bas daripada CatchThatBus.
  • Membeli tiket KLIA Ekspres.
  • Membeli tiket tren antara bandar KTM di dalam laman sesawang KTM.
  • Membeli makanan dan minuman daripada Brahims di dalam tren ETS KTM.
  • Membayar perkhidmatan e-hailing EzCab. 
Cara-cara membayar tempat letak kereta

Selain servis di atas yang baru, Boost turut membolehkan penggunanya membeli tambah nilai prabayar serta membayar pelbagai bil utiliti seperti bil air, TM dan Celcom, Astro dan bil Majlis Perbandaran. Pelbagai baucer juga boleh dibeli seperti baucer makanan & minuman, kredit permainan seperti Steam, langganan Spotify dan iflix serta banyak lagi.

Satu tarikan yang terdapat di Boost ialah ciri ‘Shake’, di mana pengguna yang membayar bil utiliti serta tempat letak kenderaan menggunakan aplikasi Boost, boleh mendapat tunai kembali sehingga RM5. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi Boost, Facebook dan juga Instagram Boost.

Aplikasi ini turut membolehkan pengguna membayar bil utiliti

Muat turun aplikasi Boost di sini: 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here