Apple iPhone Dengan Sokongan 5G Bakal Hadir Menjelang Tahun 2020

165
**********

Penawaran jaringan 5G telah pun menjadi topik hangat untuk dibincangkan dalam kalangan pelbagai syarikat setelah Vivo baru-baru selesai melengkapkan telefon keluaran mereka dengan rangkaian tersebut dan akan mula menguji aplikasinya.

Mengambil inisiatif pada konsep tunggu dan lihat, Apple kelihatan tidak terburu-buru dalam perkara tersebut sebaliknya memaklumkan bakal memperkenalkan teknologi 5G ini pada telefon pintar mereka menjelang tahun 2020 kelak.

Selain itu, Apple juga dikatakan akan beralih kepada penggunaan cip modem Intel 8161 untuk sokongan teknologi tersebut. Di samping itu, ia turut melihat pada MediaTek untuk menggunakan cip modem mereka seandainya penawaran Intel mengalamai masalah teknikal.

Pun begitu, rasanya berita ini mungkin tidak terlalu menggembirakan pengguna di Malaysia kerana sokongan rangkaian pantas ini tidak akan tercapai secara menyeluruh dalam masa yang singkat. Malah, terdapat juga kawasan yang masih gagal mendapatkan rangkaian 4G sehingga ke hari ini.

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here