**********

Sebelum ini pasti ada yang pernah mendengar mengenai e-SIM bukan? Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan e-SIM? Kepada yang belum mengetahui, e-SIM ialah cip elektronik yang telah siap dipasang di dalam telefon bagi memudahkan pengguna terutamanya apabila membeli telefon baru ataupun membeli tablet yang tidak dilengkapi dengan kad SIM. Ia secara tidak langsung akan menyimpan data identifikasi telefon untuk dikenali oleh rangkaian telekomunikasi.

Bagaimana e-SIM Berfungsi?

Terdapat beberapa telefon pintar, tablet serta jam tangan pintar yang dilengkapi dengan sokongan e-SIM dan buat pengetahuan semua Google Pixel 2 adalah telefon pintar pertama dilengkapi dengan sokongan e-SIM ini. Berfungsi dengan cara paling mudah, anda hanya perlu telefon pintar atau tablet yang menyokong fungsi e-SIM serta pelan telco yang disokong! 

e-SIM dari telco Maxis

Sebelum ini, e-SIM pernah diperkenalkan oleh telco Maxis dalam mempromosikan Huawei Watch 2. Terbaru, pengeluar Xiaomi telah bekerjasama bersama Durian Man di bawah rangkaian Celcom turut memperkenalkan e-SIM buat kali pertamanya di Malaysia.

Selain itu, Xiaomi turut mengumumkan beberapa telefon pintar miliknya yang telah menyokong fungsi ini. Ingin mengetahui telefon pintar milik Xiaomi, lihat di sini.

Kelebihan Dan Kekurangan e-SIM

Jika dilihat, terdapat beberapa kelebihan menggunakan e-SIM berbanding kad SIM biasa kerana anda tidak perlu risau jika ingin bertukar ke telefon pintar baru. Lebih menarik, apabila melancong ke luar negara juga tidak perlu membeli kad SIM baru. Dengan adanya e-SIM ini, penggguna tidak akan dibebani oleh bayaran bulanan perayauan yang tinggi.

Sebagai contoh yang ditawarkan oleh Xiaomi dan Durian Man, ia menawarkan perayauan data tanpa had dengan bayaran serendah RM3 bagi negara China. Cara untuk mengaktifkannya juga lebih mudah, hanya perlu pengesahan dari telco sahaja. Namun begitu, buat masa sekarang tidak banyak telefon pintar dan telco yang menyokong fungsi e-SIM ini.

ULASAN…

Google Pixel 2 – telefon pintar pertama menyokong e-SIM

 

Tidak dinafikan, teknologi e-SIM masih belum digunakan secara meluas terutamanya di negara Malaysia. Tetapi tidak mustahil lebih banyak telco dan pengeluar telefon pintar akan mengambil peluang untuk memperkenalkannya secara meluas teknologi ini pada masa akan datang.

Di Malaysia, kami melihat hanya Maxis dan Durian Man hasil kerjasama bersama Xiaomi sahaja yang menawarkan fungsi ini buat masa sekarang. Walaupun pengguna e-SIM bakal bermula tidak lama lagi, penggunaan kad SIM tradisional pastinya tidak akan diberhentikan serta merta. Jangan risau okay!

Teknologi e-SIM mungkin akan digunakan pada telefon pintar mulai 2020

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here