Acer Lancar 2 Model Monitor Terbaharu – 4K Predator XB273K & Acer Nitro XV273K

132
**********

Acer hari ini melancarkan dua produk terbaharunya iaitu 4K Predator XB273K dan Acer Nitro XV273K yang pasti menjanjikan kepuasan permainan game. Harga bagi 4K Predator XB273K ialah RM4,599 yang akan tersedia pada pertengahan Disember 2018, manakala harga bagi Acer Nitro XV273K pula ialah RM2, 999 dan tersedia pada pertengahan November 2018.

Acer Malaysia sentiasa akan mengikuti perkembangan untuk memahami keperluan pemain dan akan sentiasa cuba melangkaui sempadan teknologi untuk memberi kepuasan di tahap tertinggi dalam permainan video. ——- kata Pengurus Besar Produk, Jualan dan Pemasaran, Chan Weng Hong.

Bagi Predator XB273K Gaming Monitor, ia direka untuk mencapai kepuasan bermain game pada 4K/2K Ultra High Definition(UHD) dengan resolusi 3840 x 2160. Ia juga disertakan dengan 4ms response time dan NVIDIA G-sync yang boleh mencapai sehingga 144 refresh rate untuk paparan yang menakjubkan.

Dalam pada itu, Predator XB273K gaming monitor ini juga didatangkan dengan paparan IPS yang memberikan warna gamut yang lebih luas di mana meliputi 90% daripada DCI-P3 color space untuk warna yang lebih menyerlah. Bagi memastikan warna ini ditahap terbaik, penggunaan Quantum Dot Technology dan VESA Display HDR 400 bagi memastikan kontras dan ketepatan warna yang lebih baik.

Apa yang menarik, monitor ini boleh ditweaked dan disimpan pada 3 custom mode bagi memudahkan gamer iaitu Action, Race dan Sport yang boleh diakses melalui hotkey atau On-Screen Display (OSD) menu.

Bagi Acer Nitro XV273K pula, ia mempunyai resolusi 4K/2K untuk paparan yang menakjubkan. Disertakan dengan Boasting AMdRafeon FreeSync technology, frame monitor diselarikan dengan kad grafik frame untuk mengurangkan lag dan latency.

Dalam pada itu ia juga disertakan dengan VESA DisplayHDR 400 untuk kontras dan ketepatan warna yang lebih baik. Teknologi Blackboost yang dipasang sekali akan membenarkan pemain untuk memilih dari 11 level dari dark level adjustment untuk mengoptimumkan kelebihan visual.

Dalam majlis yang sama juga, Acer telah memperkenalkan 2 baju-T iaitu Acer Swift (RM99) dan Predator Conquer New World (RM109), dengan kerjasama Pestle & Mortar Clothing (PMC). Kepada yang belum mengetahui, ini merupakan kerjasama yang julung kali dilakukan oleh Acer dan Pestle & Mortar Clothing.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Acer Malaysia FB atau hubungi Acer di talian 1-800-88-1288 (9am – 6pm, Isnin – Jumaat).

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here