9 Peranti Huawei & Honor Menerima Kemaskini EMUI 9.0 Mulai 10 November

219
**********

Siri Huawei Mate 20 adalah peranti pertama yang menggunakan EMUI 9.0, dan terkini CEO Huawei Richard Yu telah mengumumkan berita baik menerusi laman Weibo beliau bahawa sebanyak 9 peranti Huawei akan menerima kemaskini EMUI 9.0 yang berasaskan Android Pie mulai 10 November ini.

Senarai peranti Huawei terdiri daripada:

  • Huawie P20
  • Huawei P20 Pro
  • Huawei Mate 10
  • Huawei Mate 10 Pro
  • Huawei Mate 10 Porsche Design
  • Huawei Mate RS Porsche Design
  • Honor 10
  • Honor View 10
  • Honor Play

EMUI 9.0 diilhamkan dari alam semula jadi, antaramukanya menjadi lebih mudah diakses dan lancar. Kemaskini ini juga menyokong GPU Turbo 2.0 yang mampu mengoptimakan prestasi peranti. Buat masa kini peranti Huawei dan honor di negara jiran China yang akan mendapat kemaskini ini terlebih dahulu.

 

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here