Pasukan Lotac Dan Asbol Rangkul Kejuaraan Asia Pacific Predator League 2019

98
**********

Pertandingan gaming bertaraf dunia terbesar di rantau ini, Asia Pacific Predator League 2019 yang dianjurkan oleh Acer telah tiba ke penghujung apabila menyaksikan pasukan daripada Lotac telah mengalahkan pasukan HighGround dalam perlawanan yang memakan masa selama 4 jam.

Pasukan Lotac yang terdiri daripada YamateH, Ohaiyo, Raven, Eyyou dan ChYuan dinobatkan sebagai juara setelah mendapat tentangan yang hebat daripada para pesaing sejak dari mula lagi sebelum berjaya meloloskan diri ke pusingan akhir.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pasukan Asbol yang telah memenangi pertandingan bagi acara PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Malaysia yang dijalankan pada 28 Oktober 2018. Pasukan Asbol terdiri daripada Esdcorex, Bladee, Reignzera dan Hahagus menang dengan mata 3935.

Pasukan Lotac dan Asbol masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah M25,000 dan RM15,000. Sebagai tambahan kepada aksesori Predator yang bernilai RM6,500.

Kedua-dua pasukan tersebut berjaya menempah slot ke bangkok bagi menentang 15 lagi pasukan dari negara antaranya Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Macau, Myanmar, Japan, Korea, Singapore, Philippines, Sri Lanka, Thailand, Taiwan dan Vietnam bagi berpeluang memenangi USD400,000 yang bakal di hos kan oleh Acer Thailand.

Sementara itu, pasukan HighGround (DOTA2) yang dianggotai oleh MozuN, CandyLoon, LaNcE, DDZ dan FelixCiao8 yang mendapat tempat kedua tidak pulang dengan tangan kosong apabila membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan hadiah lain yang berjumlah RM2,000.

Bagi tempat kedua bagi pertandingan PUBG pula disandang oleh Golden King Army yang mana mereka telah memenangi hadiah berupa wang tunai berjumlah RM5,000 dan aksesori predator bernilai RM1,500 .

Seramai 153 pasukan menyertai pertandingan PUBG manakala sebanyai 192 pasukan telah menyertai pertandingan Dota 2. Daripada jumlah ini, hanya 16 pasukan DOTA2 yang boleh marah kepusingan seterusnya yang akan menentang sesama sendiri di Asia Pacific Predator League 2019 – Malaysian Final yang mana akan mengagumkan orang ramai selama 3 haridi sebuah pusat beli belah terkemuka. Perlawanan-perlawanan tersebut boleh ditonton secara online di Facebook Acer Malaysia, Facebook E-Sukan , Facebook MET Malaysia. Anda juga boleh melayari laman sesawang  Mineski Malaysia Twitch dengan klik di sini.

Dalam pada itu, Pengarah Perniagaan dan Produk Pengguna Acer Sales & Services Sdn Bhd, Johnson Seet berkata ia merupakan sebuah pertandingan akhir yang sangat menerujakan dengan aksi yang dipamerkan oleh pasukan-pasukan yang berjaya mara kepusingan akhir.

” Ia merupakan acara akhir yang sangat menaruk kerana perlawanan yang dipamerkan adalah sangat sengit. Prestasi pasukan yang berjaya meloloskan diri ke acara akhir sangat bagus yang menunjukkan bahawa perkembangan dunia gaming di Malaysia.

“Acer sangat aktif membantu memupuk perkembangan dunia gaming dan eSport di malaysia dari tahun 2014 lagi yang menaja pasukan dan memberi sokongan terhadap pertandingan eSport yang dilaksanakan di Malaysia. Penganjuran pertandingan ini menunjukkan betapa komited dalam memajukan eSport di malaysia.

Pasukan yang berentap pada pertandingan ini menggunakan Acer Nitro 50 desktops yang dipadankan dengan monitor Acer XF250Q. Acer Nitro 50 desktop ini dikuasakan oleh 8th Gen Intel ® Core TM i7 processor, 8GB DDR4 RAM dan dilengkapi dengan NVIDIA ® GeForce ® GTX 1060 untuk pengalaman bermain gamin yang menakjubkan. Manakala Acer XF250Q pula ialah monitor bersaiz 25 inci HD penuh1080p dengan kadar refresh rate adalah 240Hz.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Predator League.

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here