Celcom Axiata Membuka Peluang Lebih Besar Dengan Penyelesaian IoT

Celcom Axiata Berhad mengegarkan dunia digital dengan penemuan penting iaitu penyelesaian internet of Things (IoT) yang membawa teknologi digital dan inovasi lebih jauh.

Celcom sentiasa mengutamakan dan menyokong agenda nasional bagi transformasi digital dan pembangunan ekonomi negara, teknologi industri dan inovasi digital. Justeru, Celcom mencadangkan implimentasi industri IoT terutamanya di dalam uitiliti, logistik, pemantauan persekitaran semulajadi dan penambahbaikan perindustrian yang mana akan ditayangkan pada majlis Industry4wrd: Shaping the Future of Industry yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi berkata Celcom Axiata akan berkerjasama dengan pelbagai rakan kongsi teknologi dan agensi kerajaan untuk pembangunan penyelesaian perniagaan IoT merentasi pelbagai industri dan perniagaan-perniagaan di dalam Malaysia.

“Ecosistem IoT akan membenarkan industri dan pengguna untuk berhubung, mengawal dan memantau dari jauh pada peranti mereka menggunakan internet di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. IoT akan membuka lebih banyak peluang dan inovasi, dan kami tidak sabar untuk berkerjasama dengan lebih utuh dengan agensi kerajaan dan rakan kongsi teknologi untuk membenarkan solusi pintar buat semua orang,” katanya.

You might also like