Celcom Menaik Taraf Sistem Bil Pada 11 November

193
**********

Dalam usaha untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang hebat, Celcom Axiata Berhad akan menjalankan penambahbaikan sistem bilnya, bermula 11 November, Ahad pada 8.00 malam sehingga 12 November, Isnin pada 9.00 pagi.

Ketika tempoh tersebut, pelanggan masih boleh membuat dan menerima panggilan, menggunakan kuota data, SMS, MMS dan perayauan di luar negara seperti biasa namun beberapa urusniaga terpilih tidak boleh dilaksanakan sehingga 9.00 pagi pada 12 November 2018. Antara urusniaga tersebut adalah seperti berikut:

Untuk Transaksi Prabayar:

  • Perkhidmatan prabayar seperti tambah nilai, pemindahan baki, semakan status akaun, dan langganan internet mudah alih.
  • Pengaktifan dan pendaftaran talian prabayar baharu.
  • Permohonan untuk menukar pelan, perubahan kad SIM, dan langganan Perkhidmatan Tambah Nilai.

Untuk Transaksi Pascabayar:

  • Kesemua saluran pembayaran seperti aplikasi Celcom Life, transaksi perbankan atas talian, Perkhidmatan Pelanggan atas talian, portal perniagaan Celcom dan Kiosk pembayaran Celcom.
  • Permohonan untuk menukar pelan, perubahan kad SIM, dan langganan Perkhidmatan Tambah Nilai.
  • Langganan pas perayauan.
  • Perkhidmatan lain seperti pendaftaran talian pascabayar yang baru dan Kemudahalihan Nombor (Mobile Number Portability -MNP) masih diterima, namun semua permohonan hanya akan diproses pada 12 November, selepas jam 9.00 pagi.

Justeru, pelanggan prabayar digalakkan untuk menambah nilai dan melanggan internet mudah alih terlebih dahulu bagi memastikan bahawa mereka mempunyai baki kredit yang mencukupi untuk terus berhubung sepanjang tempoh penambahbaikan.

Bagi pelanggan pascabayar, mereka dinasihatkan supaya membuat bayaran untuk sebarang baki tertunggak sebelum tempoh yang dinyatakan, untuk mengelakkan sebarang kesulitan perkhidmatan sepanjang pelaksanaan penambahbaikan.

Dalam pada itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Mohamad Idham Nawawi, langkah menambahbaik yang bakal berlangsung telah dirancang dengan teliti agar sebarang gangguan perkhidmatan adalah minimum.

“Sebagai sebahagian usaha berterusan untuk meningkatkan dan memodenkan pengalaman pelanggan secara menyeluruh, langkah ini adalah diperlukan untuk menjalankan pemodenan dan kami ingin memberi jaminan bahawa, kami telah mengambilkira kesemua langkah untuk memastikan kesulitan pengalaman pelanggan kami adalah minimum. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul sepanjang tempoh penambahbaikan dan menghargai timbang rasa pelanggan kami, ” katanya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan penambahbaikan sistem bil, pelanggan boleh terus berhubung di  Facebook Rasmi Celcom atau Facebook Xpax , atau dial *123# daripda luar negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari sesawang Celcom.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here