360º Tertiris Reka Bentuk ASUS ZenFone 6! Kamera Tu…

147
**********

Menurut media luar negara, ASUS ZenFone 6 dijangka akan diperkenalkan semasa acara tahunan pameran MWC 2019 yang akan diadakan di Barcelona, Sepanyol pada 25 Februari tahun depan. Memandangkan rekaan skrin takuk kurang mendapat sambutan dari pengguna, maka tampil pula rekaan seperti titisan air pada peranti pintar masa kini.

Bar notifikasi untuk isyarat dan kuasa telah diselaraskan dengan optimum

ASUS nampaknya ingin mengikut jejak langkah pengeluar lain di mana menggunakan takuk kecil pada paparan skrin, tetapi dengan rekaan yang lebih unik mengikut apa yang tertiris baru-baru ini.

Paparan skrin peranti prototaip ini mempunyai takuk kecil yang diletakkan di tepi kanan skrin, menjadikannya agak pelik dilihat.

Bezel di bawah nampak tidak terlalu nipis, pengimbas cap jari masih kekal pada panel belakang.

Apa yang menarik pada prototaip ASUS ZenFone 6 ini adalah ketersediaan USB Type-C dan 3.5mm audio jack yang diletakkan bersebelahan, gabungan ini boleh dikatakan agak jarang diperlihatkan dalam peranti pintar masa kini.

Apa-apa pun gambar tertiris ini hanya sekadar prototaip ASUS ZenFone 6, nantikan pameran MWC 2019 untuk maklumat selanjutnya.

 

[ SUMBER ]

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here