Wow! Pengantin ‘Viral’ Terima Kejutan Daripada Honor Malaysia

203
**********

Baru-baru ini tular dalam laman sosial mengenai pasangan pengantin, Hadi dan Farah meluahkan rasa terkilan terhadap hasil kualiti video perkahwinan mereka yang dikatakan tidak memuaskan. Perkara tersebut ternyata mendapat perhatian netizen termasuk Honor Malaysia.

Mengakui turut terkilan dengan hal itu, Honor Malaysia telah menawarkan peranti Honor 8X secara PERCUMA kepada pasangan tersebut bagi meraikan detik bahagia mereka. Berita gembira itu telah dikongsi sendiri oleh pihak Honor menerusi satu kiriman di laman Facebook rasmi mereka.

Pengantin perempuan terbabit yang menggunakan nama Farah Nisa dikatakan sudah sedia maklum mengenai perkhabaran gembira itu dan ternyata teruja dengan pemberian daripada pihak Honor tersebut.

Hadir dengan skrin bersaiz 6.3 Inci dengan takuk, Honor 8X mempunyai ciri-ciri menarik termasuk penggunaan cip pemproses Kirin 710 bersama 6GB RAM dan 128GB ROM, teknologi GPU Turbo, bateri berkapasiti 3,750mAh, dwi kamera utama 20MP + 2MP, 16MP kamera hadapan.

Pun begitu, harga penjualan bagi pasaran tempatan masih belum diketahui. Sama-sama kita tunggu sahaja sehingga pelancaran rasmi kelak ESOK (9 Oktober 2018).

Baca juga : 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here