WhatsApp Untuk Android Menawarkan Kaedah Membalas Mesej Mirip Peranti iOS?!

406
**********

Sebelum ini, jika ingin membalas mesej WhatsApp pada peranti Android perlu menyentuh mesej tertentu selama beberapa saat supaya memudahkan penerima memahami mesej balasan yang dimaksudkan. Tetapi berlainan dengan peranti iOS, di mana pengguna hanya perlu meleretkan mesej yang ingin dibalas ke kanan.

Nampaknya kaedah membalas mesej seperti peranti iOS akan dinikmati oleh pengguna WhatsApp Android tidak lama lagi. Sebagai salah seorang pengguna WhatsApp beta, kami telah dapat menggunakan fungsi ini setelah mengemaskini WhatsApp.

Memandangkan fungsi ini masih lagi dalam peringkat pengujian untuk pengguna beta, ketersediaan kemas kini rasminya mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi. Sama-sama nantikan!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here