vivo Y81i Kini Boleh Ditempah – Berharga RM599

278
**********

vivo Malaysia sebelum ini telah hadir dengan beberapa telefon pintar kelas pertengahan. Kini, mereka telah membuka pra-tempah bagi telefon pintar vivo Y81i untuk pasaran tempatan bermula 16 Oktober 2018.

Ditawarkan pada harga RM599, pelanggan akan mendapat sebuah earphone vivo XE100 bernilai RM49 secara percuma, sementara stok masih ada! vivo Y81i menampilkan paparan skrin 6.22-inci HD+, memori RAM 2GB dengan storan 16GB serta bateri berkapasiti 3260mAh. Dioperasikan oleh Android 8.1 + Funtouch OS 4.0, telefon pintar ini dijana oleh pemproses MediaTek MT6761.

Dari penggambaran pula, ianya dibekalkan dengan kamera utama 13 Megapiksel dan kamera hadapan 5 Megapiksel dengan sokongan mod AI Face Beauty. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan merah, yang berminat boleh membuat pra-tempah di Lazada, 11street, Shopee, Lmall, Ezbuy dan juga Aladdin Street.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here