[ Video Preview ] Memperlihatkan Kehadiran Huawei Mate 20X – Peranti Khas Permainan Lagi!

370
**********

Penantian untuk perasmian siri Huawei Mate 20 hanya tinggal beberapa hari sahaja (16 Oktober), dan kini Huawei telah berkongsi sebuah video preview di Twitter mereka yang membawa model baharu Huawei Mate 20X.

Melalui video pendek tersebut, jelas mempelihatkan Huawei Mate 20X menyokong sistem penyejukan peranti, di samping mempunyai ketahanan bateri yang lama, sesuai untuk golongan kaki gamer.

Dikhabarkan juga Mate 20X hadir dengan paparan skrin 7.21 inci OLED, varian paling besar skrin selain Mate 20 dan Mate 20 Pro. Semakin menarik, bukan? Nantikan berita lanjut dari kami ya.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here