**********

Kalau sebut laptop gaming, anda mesti kenal dengan nama Republic of Gamers atau lebih dikenali sebagai ROG dari ASUS. Terkini, ASUS Malaysia telah memperkenalkan siri ROG dengan prestasi yang tidak dapat dipandang rendah, iaitu ASUS ROG Strix SCAR II (GL504GS) yang hadir bersama rekaan penuh futuristik dan kuasa dalaman yang powerrrr…

Apakah kehebatan laptop gaming terbaru dari ASUS? Jom bersama kami terokai…

 

REKAAN LUARAN

ASUS ROG Strix SCAR II mempunyai rekaan semirip trapezoid pada panel penutupnya, bahagian atas terdapat logo ROG yang akan menyala apabila laptop dibuka serta tulisan “Republic of Gamers” di bahagian bawah.

Paparan skrin berukuran 15.6 inci FHD, bezel senipis 0.77mm ini menjadikan ia laptop gaming pertama di dunia dengan sentuhan ini. Kelebihan pada skrin ini adalah kadar penyegaran (refresh rate) yang tinggi iaitu 144Hz dan kadar tindak balas (response time) sepantas 3ms, secara langsungnya menjamin pengalaman visual yang lebih optimum yang penting dimiliki oleh semua kaki gamer.

Panel 300cd / m² pula memastikan 20% visual kelihatan lebih terang berbanding panel IPS rendah.

 

CIRI-CIRI MENARIK

Bahagian papan kekunci selain membolehkan anda menukar RGB melalui menu ROG Aura Core Game Center, ia juga hadir dengan teknologi ROG OverStroke yang mampu menjamin ketahanan papan kekunci serta kemasan Kevlar (fiber tahan lasak) yang membolehkan anda menekan tanpa risaukan butang rosak.

Sesetengah butang kekunci direka lebih besar untuk kemudahan bermain seperti space bar, CTRL, Shift dan Enter, butang pintasan juga tersedia di bahagian atas untuk akses yang lebih pantas.

Ciri menarik yang lain adalah teknologi ROG RangeBoost, di mana ia menjamin liputan WiFi yang luas dan pantas serta boleh dipercayai.

Selain itu, teknologi HyperCool Pro juga dibina dalam menawarkan sistem penyejukan yang memanfaatkan GPU dan CPU, di samping sistem Penyejukan Anti Debu juga direka untuk mengeluarkan kotoran habuk, bagi meningkatkan kebolehpercayaan serta ketahanan sistem pada laptop gaming.

Untuk memberikan anda kelebihan maksimum, laptop gaming ini dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-8750, 16GB DDR4 RAM, storan SSD 256GB dan juga storan SSHD 1TB Seagate FireCuda. Dari segi grafik pula, ia dilengkapi dengan NVIDIA GeForce GTX 1070 bagi memberi pengalaman permainan video yang lebih menarik.

Ujian Antutu Benchmark

 

ULASAN…

Untuk laptop gaming di bawah anggaran belanjawan, ASUS ROG Strix SCAR II (GL504GS) pasti kelihatan lebih berbaloi. Dengan spesifikasi yang disebut tadi, hampir semua permainan dapat berjalan dengan lancar sekaligus memberi pengalaman permainan luar biasa yang belum pernah anda rasakan sebelum ini!

Rakaman Video Semasa Bermain PUBG

 

 

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here