TuneTalk VIP Serendah RM10 Sebulan – Dapatkan 2GB Data & Panggilan Tanpa Had!

179
**********

TuneTalk baru-baru ini telah memperkenalkan pelan VIP (Value Incredible Plan) dengan tawaran harga serendah RM10 sebulan, di mana pengguna akan mendapat data sebanyak 2GB bersama panggilan tanpa had, tetapi khas untuk panggilan TuneTalk sahaja.

Pelan ini tidak terbuka kepada semua, tetapi hanya terhad untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas serta orang kelainan upaya (OKU). Bagi warga emas, tiada pendaftaran diperlukan, kerana sistem akan menentukan umur berdasarkan kad pengenalan secara automatik.

Namun untuk warga OKU pula, perlu membuat pengesahan terlebih dahulu dengan mengisi borang TuneTalk dalam talian, pergi ke mana-mana wakil TuneTalk atau hubungi TuneTalk Careline di talian 03-2772 0000. Pelanggan perlu sertakan sekali kad pengenalan dan juga kad pendaftaran OKU.

Selepas disahkan, warga emas dan OKU akan dapat mendaftar pelan VIP ini menerusi aplikasi TuneTalk ataupun dengan menghantar SMS VIP ke 2222. Pastikan anda adalah pelanggan TuneTalk dan memiliki kad SIM TuneTalk dahulu ya!

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi TuneTalk VIP.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here