Terdedah! 9 Ciri Utama Huawei Mate 20/Mate 20 Pro Sebelum Pelancaran

454
**********

15 hari lagi seluruh dunia akan menyambut ketibaan peranti mercu Huawei Mate 20/Mate 20 Pro, sejak tarikh perasmian telah ditetapkan pada 16 Oktober 2018, pelbagai pendedahan telah pun mengambil giliran tertiris di laman sesawang.

Baru-baru ini selain video promo dimuat naik oleh pihak Huawei sendiri, tertiris juga sebilangan ciri-ciri utama yang bakal dijana dalam Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro. Apa itu? Kita semak satu per satu…

1. Cip Pemproses Kirin 980

Seperti yang diketahui, Mate 20 dan Mate 20 Pro akan menggunakan cip pemproses paling berkuasa iaitu Kirin 980, manakala Mate 20 Lite akan menggunakan cip pemproses Kirin 710.

 

2. Kapasiti Bateri 4,200mAh & Huawei SuperCharge 2.0

Mate 20 Pro disahkan menyokong bateri sebesar 4,200mAh, manakala Mate 20 berkapasiti 4,000mAh. Sistem pengecasan jauh lebih pantas dengan sokongan Huawei SuperCharge 2.0, teknologi ini mampu mengecas 70% bateri berkapasiti 4,200mAh dalam tempoh hanya 30 minit sahaja.

 

3. Pengecasan Tanpa Wayar

Pengecasan tanpa wayar pada siri Mate 20 ini juga mampu menawarkan tempoh mengecas yang panats di bawah sokongan output sehingga 15W.

 

4. Ciri AI Smart Zoom

Rekaan kamera bersegi empat pada siri Mate ini memperlihatkan kehebatan penggambaran yang unggul, tambahan lagi ciri AI Smart Zoom terbina dalam ini mampu menjejaki objek yang bergerak sekaligus memfokus secara automatik.

 

5. Pengecaman Wajah 3D

Sistem pengecaman wajah 3D dikhabarkan akan hadir pada Mate 20 Pro, ia dikatakan jauh lebih pantas berbanding peranti flagship yang lain. Bersama itu, teknologi pengimbas cap jari pada skrin juga akan hadir pada siri Mate 20 terbaru ini.

 

6. Keselamatan Biometrik Bone Voice ID

Mate 20 dan Mate 20 Pro akan menggunakan sistem keselamatan biometrik Bone Voice ID, teknologi ini buat pertama kali dibekalkan pada peranti pintar di mana anda hanya perlu membuka peranti dengan suara walaupun dalam persekitaran yang bising.

 

7. Slot Kad nanoSD

Siri Mate 20 bakal menggunakan slot kad memori terkini yang dinamakan nanoSD, jelas menunjukkan saiz kad ini jauh lebih kecil berbanding microSD dan menyokong sehingga 256GB.

 

8. Fungsi HiVision

Fungsi HiVision ini sebenarnya mempunyai fungi yang lebih kurang sama dengan Google Lens, di mana ia boleh membantu dalam pencarian produk, teks, lokasi dan sebagainya.

 

9. Projektor Tanpa Wayar

Siri Mate 20 terbaru juga dilengkapi fungsi Wireless Projection, ia sebenarnya membolehkan anda memaparkan skrin peranti Mate 20 dan Mate 20 Pro ke monitor atau TV dengan syarat menyokong sambungan WiFi 2.4GHz atau 5GHz.

 

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here