Spesifikasi Terdedah Lagi! Xiaomi Mi MIX 3 Hadir Bersama Dwi Kamera Hadapan Beresolusi 24MP

275
**********

Tiga hari lagi peranti baharu Xiaomi Mi MIX 3 akan diumumkan pada Beijing, sebelum itu pihak Xiaomi telah pun mendedahkan peranti ini akan hadir bersama RAM sehingga 10GB, selain 6GB dan 8GB yang dikhabarkan akan turut serta dilancarkan.

Rekaan jenis gelongsor ini juga mendapat perhatian orang ramai, kerana paparan skrin tidak nampak sebarang rekaan takuk dan segala sensor atau lensa kamera disembunyikan pada bahagian belakang skrin.

Terbaru ini Xiaomi mengesahkan Mi MIX 3 akan membawa sepasang (dwi) kamera hadapan beresolusi 24MP, dengan sokongan selfie light yang mampu memberikan pengalaman berswafoto yang cukup memuaskan.

Apa lagi yang akan didedahkan oleh pihak Xiaomi sebelum perasmiannya? Ikuti kami selanjutnya.

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here