Sony lancar Lensa Prime Terbaharu 24mm F1.4 G Master

188
**********

Sony meluaskan lagi rangkaian lensa Full-framenya dengan melancarkan Lensa Prime 24mm F1.4. Lensa ini nyata merupakan sebuah lensa yang mempunyai prestasi menakjubkan. Ia dilengkapi dengan rekaan yang kompak serta ringan dengan diameter filter ialah 67mm dengan ukuran 75.4mm x 92.4mm serta berat hampir 445g.

Lensa ini ternyata sesuai dipadankan dengan α6500 dan α6300. Sony pastinya akan terus mengembangkan rangkaian lensanya bagi memenuhi permintaan pelbagai jenis jurugambar, juruvideo dan Multimedia Creator.

Lensa ini mampu merakam perincian dalam resolusi tinggi walaupun pada F1.4 dan rekaan optikal yang baharu ini mengandungi 10 kumpulan dengan 13 elemen termasuklah 2 XA (Extreme Aspherical) dan 3 ED (Extra-low Dispersion). Ini membantu menghalang sagittal flareii agar kedudukan sumber cahaya boleh dihasilkan dengan tepat.

Justeru, ia sangat sesuai bagi jurugambar yang merakam imej bima sakti.

Dalam pada itu, Sony turut menggunakan Nano AR Coating bagi mengurangkan Flare dan Ghosting untuk hasil yang lebih jelas.

Bagi jurugambar landskap yang sering mengembara membawa kamera dalam jarak yang jauh, lensa ini nyata sesuai untuk mereka kerana beratnya yang ringan.

Selain daripada itu, lensa ini juga mempunyai prestasi yang sangat baik bagi merakam imej Close-Up.

Tambahan lagi, FE 24mm F1.4 GM ini mempunyai kawalan profesional yang memudahkan penggunaannya sama ada bagi rakaman gambar atau video.

Focus Ring pula mengandungi Linear Response MF yang mana ia melancarkan pengawalan focus secara manual yang sangat membantu pengguna yang memerlukan kepantasan dan ketepatan dalam pemfokusan manual.

FE 24mm F1.4 GM akan memasuki pasaran di Malaysia pada pertengahan Oktober 2018. Video produk ini boleh ditonton di saluran Sony Camera di Youtube.

 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai lensa FE 24mm F1.4 GM, anda bolehlah melayari laman web Sony.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here