Siri Huawei Mate 20 Dapat Sambutan Hebat & Telah Habis Dijual!

402
Di sekitar jualan pertama Huawei di Pavillion, Kuala Lumpur

Sedia umum, pada 27 dan 28 Oktober 2018 adalah jualan rasmi siri Huawei Mate 20 telah berlangsung di tiga lokasi berbeza iaitu Pavilion, Kuala Lumpur, Queensbay Mall, Penang dan juga AEON Bandar Dato Onn, Johor Bahru.

Seperti sudah dijangka, telefon pintar ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan habis dijual pada siri jelajah tersebut. Lebih menarik, ada yang sanggup beratur dari seawal pukul 1 pagi untuk mendapatkan Huawei Mate 20 Pro dan hadiah percuma dron DJI Tello yang bernilai RM469.

Pelanggan pertama yang mendapatkan Huawei Mate 20 di AEON Bandar Dato Onn, Johor Bahru.

Di sini kami ingin kongsikan dengan anda semua sekitar jualan rasmi tersebut di tiga-tiga lokasi tersebut!

Selebriti tempatan, Jeff Chin turut beratur mendapatkan Huawei Mate 20 Pro untuk yang tersayang!
Dari kiri : Bill Liu (Country Director, Huawei Malaysia) & Matthew Ng (Deputy Country Director) telah bergambar dengan tiga terawal beratur di Pavillion, Kuala Lumpur.

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here