Shopee 11.11 Big Sale Janjikan Promosi Hebat Tanpa SST – Bermula 25 Oktober Hingga 11 November 2018!

245
**********

Berikutan kejayaan besar pada 9.9 Hari pembelian mudah Alih baru-baru ini, platform e-dagang terkemuka di Asia dan Taiwan iaitu Shopee akan menamatkan musim akhir tahun dengan melancarkan pesta beli belah tahunannya, Shopee 11.11 Big Sale bermula 25 Oktober sehingga 11 November 2018.

Shopee 11.11 Big Sale, yang membabitkan lebih 15,000 penjual dan 100 jenama, membawakan pelbagai tawaran hebat kepada pengguna meliputi semua kategori produk. Malah, Shopee turut berganding bahu dengan lebih 50 jenama utama termasuk L’Oreal, Universal Traveller dan banyak lagi untuk menyerap kos SST bagi lebih 1,000 produk yang dijual.

Bagi memeriahkan lagi pengalaman beli belah atas talian, menjelang 25 Oktober Shopee turut mengadakan hari bertema hebat dengan promosi menarik termasuk jualan kilat yang mana orang ramai boleh mendapatkan pelbagai barangan pada harga serendah RM 1.10 SAHAJA.

Lebih menariknya lagi, sejumlah jenama seperti Watsons, Mr. DIY, Procter & Gamble, Nestle, NYX, PETPET dan banyak lagi turut menyediakan penghantaran PERCUMA dengan perbelanjaan minimum RM11.

Tidak ketinggalan, Shopee turut menawarkan peluang untuk orang ramai memenangi hadiah menarik dan Shopee Coins bernilai RM 1.1 juta menerusi permainan Shopee Shake yang akan diadakan sebanyak tiga kali pada setiap hari iaitu pada jam 11 pagi, 1 tengah hari dan 11 malam.

Bagaimanapun, pada 11.11 Shopee Shake Day yang berlangsung pada 2 November dan juga Shopee 11.11 Big Sale, sebanyak 11 slot masa akan disediakan iaitu bermula dari jam 12 tengah malam sehingga 11 malam.

Bagi menyemarakkan lagi pesta berkenaan, Shopee turut mengadakan peraduan menarik dengan menawarkan hadiah hebat daripada Lego, Nintendo, Dyson, Apple dan pelbagai produk lagi yang bernilai lebih RM50,000. Orang ramai boleh mengikuti laman rasmi Facebook Shopee untuk menyertai peraduan harian tersebut.

Dengan sokongan jenama terkemuka serta rakan-rakan rasmi, Shopee 11.11 Big Sale  dijangka pasti menjadi acara membeli-belah mega yang paling sensasi di akhir tahun ini. Untuk butiran lanjut, anda boleh layari laman rasmi Shopee.

Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here