Samsung Galaxy A9 Star Pro – Telefon Pintar Pertama Di Dunia Dengan 4 Lensa?

381
**********

Samsung sebelum ini telah memaklumkan bahawa mereka bakal mengadakan sebuah majlis khas iaitu 4x Fun, A Galaxy Event yang mana berlangsung pada 11 Oktober 2018 (HARI INI).

Sejurus itu, Samsung memaklumkan pula bahawa mereka secara rasminya bakal melancarkan Samsung Galaxy A7 (2018) yang hadir dengan tiga kamera utama (sistem tri-kamera) pada majlis istimewa tersebut.

Kali ini terdapat pula ura-ura mengatakan Samsung bakal membuat kejutan besar dengan memperkenalkan sebuah telefon pintar pertama mereka yang hadir dengan 4 kamera di belakang yang dikenali sebagai Samsung Galaxy A9 Star Pro.

Difahamkan, empat lensa yang akan hadir pada telefon pintar ini adalah lensa lebar 120 darjah bersama resolusi sebesar 8MP, lensa telefoto 2x zoom optikal dengan resolusi 10MP, lensa utama 24 MP dan lensa pengesanan kedalaman Live Fokus sebesar 5MP.

Samsung Galaxy A9 Star Pro

Galaxy A9 Star Pro dikatakan bakal hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran sebesar 6.28-inci, pemproses Snapdragon 660, Kamera swafoto dengan resolusi 24MP dan bateri berkapasiti 3,720mAh.

Pun begitu, sehingga kini kami masih belum menerima sebarang makluman rasmi daripada Samsung berkaitan ‘khabar angin’ tersebut. Apa-apapun, sama-sama kita tunggu sehingga majlis petang ini! Tidak mustahil Samsung akan ada kejutan yang ‘wow’ untuk semua peminatnya.

Baca Juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here