Samsung Galaxy A7 (2018) Kini Rasmi! Sokong 3 Kamera Utama Pada Harga RM1,299

439
**********
Pilihan warna Samsung Galaxy A7 (2018)

Samsung Electronics Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Samsung Galaxy A7 (2018) dan Galaxy A9 (2018) untuk pasaran Malaysia.

Samsung Galaxy A7 hadir dengan tiga kamera utama di samping pengimbas cap jari pada bahagian sisi peranti. Ia dilengkapi dengan skrin sebesar 6-inci Super AMOLED beresolusi 2220×1080 piksel tanpa takuk.

Kamera utama menawarkan 3 lensa

Dijana pemproses Octa Core 2.2GHz bersama memori RAM 4GB dan storan 128GB, ia turut menyokong bateri berkapasiti 3300mAh di dalamnya.

Dari segi rakaman gambar, sistem tri-kamera utama adalah kombinasi sensor 24-Megapixel f/1.7, 8-Megapixel f/2.4 lensa ultra lebar dan sensor kedalaman 5-Megapixel. Selain itu, melengkapkannya adalah kamera depan sebesar 24-Megapixel f/2.0 dengan sokongan flash.

Sensor pengimbas cap jari terletak di bahagian sisi

Ditawarkan pada harga RM1,299, peranti ini menerima pra-tempahan mulai 15 Oktober hingga 21 Oktober dan terdapat tiga barangan menarik secara percuma yang bernilai RM302 ditawarkan. Maklumat lanjut klik pautan Pra-Tempah.

 

Baca juga: 

 

2 KOMEN

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here