Rekaan Huawei Mate 20 Dengan Skrin Takuk Kecil Tertiris Di Internet

220
**********

Huawei sebelum ini telah memaklumkan bahawa mereka bakal memperkenalkan telefon pintar terbaharu, Huawei Mate 20 Pro dan Mate 20 pada 16 Oktober ini.  Tetapi tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum ia didedahkan secara rasmi, telah banyak maklumat mengenai peranti tersebut yang telah tertiris.

Terbaru, satu lagi gambar mengenai rekaan Mate 20 pula tertiris yang memperlihatkan perubahan kecil berbanding versi Pro. Melalui gambar tertiris, Mate 20 dilengkapi dengan skrin berdagu dan rekaan takuk sangat kecil di bahagian atas.

Terdapat juga ura-ura mengatakan bahawa sistem imbasan wajah 3D seakan Face ID hanya disertakan pada versi Pro dan disebabkan itu Mate 20 tidak memerlukan takuk yang bersaiz besar.

Di belakang, ia memaparkan dengan jelas modul kamera segi empat sama. Di dalam modul ini terdapat tiga lensa kamera dan satu LED Flash, serta cap Leica di atasnya. Sejauh manakah kebenarannya mengenai gambar terbocor ini? Sama-sama kita tunggu sahaja sehingga pelancaran rasmi kelak!

Baca juga : 

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here