Razer Phone 2 Kini Rasmi, Hadir Dengan Kemampuan Kalis Air IP67

147
**********

Razer hari ini secara rasminya telah melancarkan telefon pintar gaming generasi kedua keluaran mereka iaitu Razer Phone 2 yang mana memfokuskan kepada pengguna yang lebih kepada permainan video.

Bercakap mengenai rekaan telefon pintar ini, ia hadir dengan panel belakang yang diperbuat daripada kaca serta kebuk penyejukan wasap gergasi di dalam tubuh. Pembesar suara pada bahagian hadapan turut dikekalkan sama seperti model sebelumnya.

Razer Phone 2 dilihat hadir dengan paparan bersaiz 5.7” IPS LCD QHD HDR 120Hz dan dijana oleh pemprosesan Snapdragon 845 yang menjadi tunjang kepada telefon pintar ini. Melengkapinya adalah memori 8GB RAM bersama storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 4000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 4+.

Bagi segi penggambaran pula, Razer Phone 2 hadir dengan kamera utama dwi lensa 12MP + 2MP dengan mengekalkan fungsi zoom optikal 2X yang mana kedudukannya kini diubah pada bahagian tengah di belakang telefon.Untuk kamera swafotonya pula, ia hadir dengan kamera hadapan sebesar 8 Megapiksel di samping penawaran pelbagai fungsi menarik seperti mod potret, kecantikan dan juga peningkatan kualiti gambar dalam keadaan kurang pengcahayaan (gelap).

Razer Phone 2 kini dilengkapi dengan kemampuan kalis air IP67 dan pengecasan tanpa wayar. Lebih istimewanya lagi, pengecasan untuk Razer Phone 2 hadir dengan sokongan pencahayaan LED Razer Chroma pada logo di panel belakangnya. Antara penambahbaikan lain yang dilakukan adalah skrin telefon ini dikatakan dua kali lebih terang berbanding model sebelumnya.Razer Phone 2 ditawarkan dalam dua versi berbeza yang cukup gah iaitu panel belakang berkilat dan panel belakang versi satin dengan rekaan warna hitam pusam. Harga jualan bagi telefon pintar ini pula adalah $799 (kira -kira RM3,322) seunit.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here