Rasmi! Honor 8X Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM949

758
**********

Akhirnya, penantian kini berakhir apabila Honor Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaharu mereka iaitu Honor 8X untuk pasaran tempatan.  Honor kali ini nampaknya telah membawa sedikit kelainan pada peranti terbaharu mereka ini apabila ia dilihat tampil dengan paparan skrin hampir penuh dan ruang dagu lebih nipis.

Honor 8X merupakan telefon pintar kelas pertengahan yang menampilkan rekaan lebih premium dengan kualiti bahan binaan berasaskan gelas di bahagian hadapan dan belakang. Honor juga menyertakan pengimbas cap jari pada Honor 8X yang terletak pada bahagian belakang.

Hadir dengan paparan skrin hampir penuh bersaiz 6.5 inci, Honor 8X mempunyai nisbah skrin ke kerangka yang amat tinggi iaitu sehingga 91% di samping rekaan takuk pada bahagian atas yang memuatkan kamera hadapan dan pembesar suara panggilan.

Turut melengkapinya adalah pemproses Kirin 710 yang menjadi tunjang penggerak telefon pintar ini. Di samping itu, ia juga menyertakan kapasiti memori 4GB RAM + 128GB yang turut sokong kad microSD sehingga 400GB, serta bateri berkapasiti 3750 mAh. Tidak ketinggalan, Honor 8X turut dilengkapi dengan GPU Turbo.

Salah satu fungsi menarik pada honor 8X, adalah Eye Comfort Mode. Menurut honor, fungsi ini menyediakan paparan yang lebih selesa untuk ditatap agar mata tidak berasa keletihan ketika menggunakan telefon dalam persekitaran yang kurang pencahayaan.

Pada masa sama, honor turut memaklumkan ia hadir dengan ciri Safety Airbag yang mana membolehkan peranti meresap sedikit hentakan apabila terjatuh sekaligus mengurangkan kesan impak jatuhan.

Honor 8X turut dilengkapi dengan fungsi Elevator Mode – Menyambung rangkaian telefon anda dengan pantas sejurus keluar daripada lif. Oleh itu, sebarang panggilan atau operasi lain tidak akan terjejas sama sekali.

Dari segi kamera, Honor 8X dibekal dengan kamera utama bersama gabungan lensa 20MP + 2MP di belakang dan 16MP kamera hadapan di samping penawaran sebilangan fungsi penggambaran yang penuh hiburan.

Peranti ini akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna berbeza iaitu Merah, Hitam dan Biru. Bagi yang berminat, Honor 8X kini boleh didapati pada harga sangat mampu milik iaitu RM 949. Pada masa sama, pihak Honor turut memperkenalkan jam tangan pintar terbaharu mereka iaitu Honor Band 3 pada harga RM119.

Jualan pertama secara atas talian untuk Honor 8X akan bermula 12 Oktober 2018 pada jam 10 pagi di Shopee dan laman rasmi Honor – berpeluang menerima ganjaran menarik termasuk flipcover, kotak hadiah eksklusif, baucer bernilai RM100 dan juga seunit Honor Band 3 secara PERCUMA.

Tidak ketinggalan, Honor turut menjemput orang ramai sama-sama memeriah roadshow mereka yang bakal diadakan pada 13 hingga 14 Oktober 2018 di MyTown, Kuala Lumpur.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here