Rasai Pengalaman Android™ 9 Pie Pertama Menerusi Nokia 6.1 Plus Dan Nokia 7 Plus

178
**********

 

Pengeluar telefon Nokia, HBD Global mengumumkan bahawa Nokia 7 Plus bakal menggunakan Android 9 Pie. Ia akan diterima Nokia 7 Plus secara berperingkat beringkat sepanjang Oktober 2018.

Sementara itu, pengguna Nokia 6.1 Plus telah menerima kemas kini menerusi beta labs telefon Nokia.

Nokia 7 Plus dan Nokia 6.1 Plus membawakan pengalaman Android 9 Pie tanpa perisian yang tidak diingini, perubahan gaya paparan UI atau proses tersembunyi yang mampu mengurangkan peratusan bateri anda. Ia juga dilengkapi dengan dengan perisian intuitif Google. Apa yang lebih penting, naik taraf berkenaan mengekal ciri-ciri terbaik Android 8.0 Oreo™.

Penggunaan Android 9 Pie ini mengjadikan Nokia 7 Plus sebagai sebuah telefon pintar paling efisen setakat ini. Perkembangan di dalam ciri-ciri pembelajaran mesin dan AI seperti Adaptive Battery dan Apps Action memastikan penyumberan tenaga dan pemprosesan yang lebih pintar, yang memastikan kecekapan fungsi telefon pintar dapat di capai.

Ciri-ciri ini juga turut boleh dicuba pada Nokia 6.1 Plus, yang baru dilancarkan di Malaysia.

Menurut Pengurus Negara (Malaysia dan Myanmar) HMD Global, Vijay Thangavelu, pihaknya akan menunaikan janji dan memberikan pengalaman sebenar Android kepada pengguna.

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kemas kini Android 9 Pie yang sangat dinanti-nantikan kini boleh didapati di dalam Nokia 7 Plus, manakala pengguna Nokia 6.1 Plus kini boleh mengakses versi beta.

“Sementara kemas kini berkenaan dijadual akan sampai kepada semua model Nokia Android One yang lain dalam tempoh beberapa bulan akan datang, kami akan menunaikan janji kepada para pengguna kami untuk memberikan pengalaman Android yang sebenar, selamat dan terkini di dalam telefon pintar Nokia.

“Android 9 Pie meletakkan AI pada teras sistem operasi dengan memberi tumpuan kepada penyelesaian pintar bagi memudahkan penggunaan dan kesejahteraan digital. Kami percaya bahawa kemas kini berkenaan akan memberi nilai tambah kepada kehidupan seharian pengguna kami,” katanya.

Dalam pada itu, Nokia juga memperkenalkan App Actions, ciri baharu unik kepada peranti Android One dan telefon Google Pixel yang menggunakan Android 9 Pie. Ia meneliti penggunaan harian dan melaksanakan tugasan harian.

Antara fungsi-fungsi baharu termasuklah memaparkan masa yang anda telah habiskan pada peranti di Papan Pemuka, keupayaan untuk menetapkan tempoh penggunaan aplikasi dan Wind Down Mode yang akan menukar warna paparan telefon anda kepada hitam putih dan mengaktifkan mod Do Not Disturb pada waktu yang ditetapkan.

Berikut merupakan senarai kemaskini Android pada peranti Nokia.

Telefon Android pertama Nokia, Nokia 6 dilancarkan 8 Januari 2017
Telefon Nokia beta labs mula beroperasi 25 October 2017

Nokia 8

Beta labs 8.0 25 Oktober 17
Beta labs 8.1 23 Januari 2018
8.0 24 November 2017
8.1 13 Febuari 2018

Nokia 6

Beta labs 8.0 19 Disember 2017
8.0 30 Januari 2018
8.1 28 Mac 2018

Nokia 5

Beta labs 8.0 12 Disember 2017
8.0 30 Januari 2018
8.1 28 Mac 2018

Nokia 3

Beta labs 8.0 26 Febuari 2018
8.0 11 April 2018

Nokia 7 Plus

Android developer preview (Android 9) 08 Mei 2018

Nokia 7 Plus

Android 9 Pie 28 September 2018

 

 

Baca juga: 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here