PUC Berhad Perkenal Presto Wallet Di Malaysia

155
**********

PUC Berhad hari ini secara rasminya memperkenalkan fungsi dompet elektronik (eDompet) yang ditunggu-tunggu ramai iaitu Presto Wallet yang kini boleh diakses menerusi Presto – platform pemasaran sosial tempatan dan e-dompet menawarkan pengalaman beli-belah unik kepada rakyat Malaysia.

Selain memudahkan pembayaran tanpa tunai, ciri unik pada Presto Wallet turut menjadikan Presto sebagai satu platform terawal yang membolehkan rakyat Malaysia melakukan pembayaran semula mudah alih dan pembayaran bil perbelanjaan utiliti kepada Astro, Syabas, TM, Tenaga Nasional dan sebagainya.

Lebih menariknya, Presto Wallet juga menyediakan perkhidmatan “Penghantaran Tunai” dan “Tunai Bertuah”, di mana rakyat Malaysia dapat menikmati kemudahan menghantar dan menerima wang daripada keluarga dan rakan-rakan tanpa sebarang caj perkhidmatan.

Pengguna boleh menambah nilai Presto Wallet mereka sama ada menerusi sebarang kad kredit atau debit daripada bank-bank tempatan untuk memindahkan jumlah yang dikehendaki ke dompet mereka atau melalui kaedah JOMPay.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here