Pra-Tempah Huawei MateBook D & MateBook X Pro Habis Terjual!

627
- Iklan -
Huawei MateBook D – Berharga RM2,999

Huawei Malaysia telah mengumumkan bahawa pra-tempah untuk siri Huawei MateBook telah habis ditempah dalam tempoh empat hari yang berlangsung pada 19 hingga 22 Oktober yang lepas. Menariknya, Huawei turut mendedahkan bahawa sambutan terhadap MateBook X Pro telah mengatasi unit jualan untuk MateBook D walaupun harga jualannya adalah lebih tinggi.

Pengguna yang membuat pra-tempah siri MateBook di Malaysia akan mendapat hadiah percuma yang lebih premium bernilai lebih RM1,000 iaitu beg galas Huawei, tetikus tanpa wayar Huawei, sarung pelindung kulit serta langganan Microsoft Office Home 365 secara percuma untuk tempoh satu tahun.

Jika anda terlepas peluang untuk membuat pembelian melalui pra-tempah, kini anda boleh terus memilikinya dengan mengunjungi tiga lokasi berbeza pada 27 hingga 28 Oktober 2018. Bermula jam 9 pagi, anda boleh ke Pavilion Kuala Lumpur untuk membeli siri Huawei MateBook ini dan 30 pembeli terawal akan menerima Huawei ANC Wired Earpiece bernilai RM295 secara percuma.

Manakala hadiah yang sama akan turut ditawarkan kepada 10 pembeli terawal yang membeli komputer riba siri Huawei MateBook di Queensbay Mall (Pulau Pinang) dan juga AEON Bandar Dato’ Onn (Johor Bahru).

Huawei MateBook X Pro – Berharga RM4,999 dan RM6,999.

Baca juga: 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here